Sunday, June 7, 2020

Disebabkan Muhyiddin semakin hilang sokongan dan Tun Mahathir berbohong tentang Langkah Sheraton, DYMM Agong diminta berlaku adil kepada Malaysia dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9

  Malaysian Mirror       Sunday, June 7, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) nampaknya semakin retak dan tidak akan bertahan lebih lama sejak tularnya klip audio Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membincangkan tentang “scheme of thing” melibatkan ‘pembelian’ ahli-ahli UMNO menggunakan jawatan dalam Kabinet dan GLC. Sesiapun yang telah menyebarkan klip tersebut pastinya merupakan seorang talam dua muka yang tidak suka pada presiden Bersatu itu. Apa yang lebih menarik, rentetan ‘serangan balas dendam’ tersebut dibuat dalam bentuk rakaman audio oleh pihak-pihak yang bertelagah. Klip tersebut tular selepas klip yang dikatakan melibatkan perbincangan Tun Mahathir dengan ahli-ahli yang hadir mengenai usaha membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan (PH). Kedua-dua klip tersebut ternyata membongkarkan konspirasi-konspirasi yang melibatkan mereka berdua namun salah satunya ternyata lebih licik kerana melibatkan insan yang kini merupakan perdana menteri Malaysia yang terang-terangan mahu merasuah ahli-ahli Parlimen demi mendapatkan sokongan. Yang lebih menyedihkan, ‘rasuah’ tersebut terbukti apabila lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO diberikan jawatan penting dalam GLC. Bagaimanakah Muhyiddin Yassin kini hendak membela diri beliau daripada tohmahan rakyat, dan khususnya daripada DYMM Agong yang telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada beliau untuk menentang rasuah dalam negara? Tidakkah perbuatan beliau itu memalukan dan tidak seharusnya berlaku?

Mungkin kini tiba masanya untuk Muhyiddin Yassin membuat ‘semak-imbang’ atas apa yang telah beliau lakukan. Pada masa yang sama, Tun Mahathir semakin membenci beliau dengan memberi reaksi maklumbalas di laman sosial beliau mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada 23 Februari 2020 dan tentang perdana menteri itu yang sanggup bekerjasama dengan ‘penjenayah’. Dalam sebuah video, Tun Mahathir turut menjelaskan maksud sebenar gambar yang telah diambil di kediaman beliau bersama beberapa pemimpin terkenal seperti Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Shafie Apdal, Dato’ Seri Azmin Ali, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Haji Openg. Beliau mengatakan bahawa gambar itu hanyalah rakaman suasana perbincangan usul yang tidak dipersetujui beliau berkenaan usaha membawa keluar Bersatu dari PH untuk membentuk sebuah kerajaan bersama UMNO yang kleptokratik. Beliau mengatakan bahawa beliau terkejut kerana tanpa beliau duga, Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin tersebut telah pergi menghadap DYMM Agong di Istana Negara. Persoalannya, adakah beliau benar-benar “terkejut” dengan tindakan mereka itu atau sebenarnya beliau sangat marah apabila mereka menyingkirkan beliau dari rancangan tersebut?

Tidak seperti Muhyiddin Yassin yang hanya bungkam seribu Bahasa dan tidak memberi apa-apa penjelasan tentang rancangan untuk merasuah itu, Tun Mahathir dilihat kurang bijak dalam memberi penjelasan atas apa yang terjadi. Apakah yang dapat kita simpulkan tentang kedua-dua pemimpin tersebut dari rentetan kejadian-kejadian ini? Apakah agaknya perasaan dan pandangan rakyat tentang mereka berdua sekarang? Mereka berdua telah mengaibkan DYMM Agong dengan tipudaya dan pengkhianatan ke atas kepercayaan yang telah diberi kepada mereka. Kedua-dua pemimpin yang tamak ini adalah contoh wujudnya kelicikan dan kejahatan dalam diri manusia. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit dan memilih seorang pemimpin yang lebih baik dan yang berhak, iaitu seorang insan yang sering mengutamakan kepentingan mereka dan menghormati Raja-Raja. Rakyat Malaysia seharusnya kini mendukung kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya pilihan terbaik DYMM Agong.

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Disebabkan Muhyiddin semakin hilang sokongan dan Tun Mahathir berbohong tentang Langkah Sheraton, DYMM Agong diminta berlaku adil kepada Malaysia dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment