Tuesday, June 2, 2020

Inilah karma buatmu, Mahathir

  Malaysian Mirror       Tuesday, June 2, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Masanya sudah tiba bagi Tun Mahathir rasa penangan kepada diri sendiri bila dibuang oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan. Dalam satu surat yang dikeluarkan oleh Setiusaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya, pemecatan Tun Mahathir, Dato Seri’ Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Dr. Maszlee Malik telah dibuart berdasarkan Klaus 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti itu. Bagaimanakah Tun Mahathir hendak melepaskan diri beliau kali ini? Ke manakah halatuju beliau dan pengikut-pengikut beliau selepas ini? Perkara ini telah diulang oleh Setiausaha Agung parti, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin pada satu sidang akhbar Bersatu yang diadakan di PWTC.

Inilah satu permainan yang pernah Tun Mahathir sendiri mainkan suatu masa dahulu, dan kini ianya dimainkan oleh musuh-musuh beliau ke atas beliau. Meskipun Bersatu dan Armada mendakwa bahawa terdapatnya konspirasi jahat yang mendalangi mantan pengerusi itu dan empat lain kerana jawatan Muhammad Suhaimi sebagai setiausaha kerja tidak pernah wujud, mereka harus faham bahawa Tun Mahathir dan pengikut-pengikut beliau sudah tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan duduk di barisan pihak pembangkang pada sidang Parlimen pada 18 Mei lalu. Sebagai tindakbalas, Tun Mahathir merusuh masuk ke dalam pejabat Bersatu untuk mengadakan sidang akhbar sementara penyokong setia beliau yang sudah kehilangan kuasa sebagai setiausaha agung iaitu Datuk Marzuki Yahya pula cuba memecat Muhammad Suhaimi mengikut Klaus 10 dan 16.6 perlembagaan parti itu. Macam mana ini boleh berlaku? Akibatnya, kerana tindakan tersedak ini, peguam-peguam kedua-dua pihak iaitu Haniff Katri dan Rosli Dahlan terpaksa membawa nama Bersatu ke mahkamah. 


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Inilah karma buatmu, Mahathir

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment