Tularnya sebuah rakaman audio yang dikatakan membabitkan rancangan “scheme of thing” presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membeli pemimpin-pemimpin UMNO supaya masuk Bersatu demi menjadikan parti itu satu-satunya parti Melayu terbesar telah mengejutkan rakyat Malaysia. Dalam rakaman tersebut yang mana dikatakan telah dibuat pada bulan Februari lalu, Muhyiddin Yassin telah menyebut perkiraan bilangan sokongan yang beliau telah jangkakan demi menguatkan dan ‘memperbesarkan’ parti. ‘Bukti’ ini malah menjadikan dakwaaan sesetengah pihak bahawa Muhyiddin Yassin sedang giat melobi sokongan ahli Parlimen lebih kuat meskipun beliau pernah menyatakan ketiadaan minat beliau untuk berpolitik pada fasa awal PKP lalu.
Insan licik ini yang mana rakyat panggil “Abah” kerana sifat tenang dan alim beliau, kini sedang dikecam kerana pendedahan rakaman tersebut. Lebih menyedihkan lagi, beliau mengaku ‘sakit’ tetapi masih tetap ‘bekerja’ untuk mendapatkan bilangan sokongan kepada diri beliau dan kem beliau dalam Bersatu. Ini sangat memalukan! Rakyat Malaysia telah terpedaya dengan tipu helah beliau.
Apa pula selepas ini? Rakaman tersebut mungkin telah disebarkan oleh musuh-musuh presiden Bersatu tersebut melalui seorang perisik yang memihak kepada pembangkang. Tapi, siapa kisah? Rakyat Malaysia mesti tahu apa yang benar atau tidak. Nampaknya ‘rakaman berbalas rakaman’ sudah menjadi trend dalam senario politik Malaysia yang mana menghidupkan semula sifat suka membalas dendam di kalangan pemimpin politik negara yang telah terlatih dengan sifat tamak dan buruk. Beberapa hari sebelum itu, tular di media sosial sekeping gambar yang menunjukkan Tun Mahathir sedang duduk tenang bersama beberapa pemimpin ternama antaranya, Dato’ Seri Zahid Hamidi, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Dato’ Seri Azmin Ali dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan telah dirakam sebelum terjadinya Langkah Sheraton pada 23 Februari lalu. Tun Mahathir dikatakan telah tidak bersetuju dengan rancangan Sheraton tersebut kerana tidak menyukai UMNO, namun ini jelas membuktikan bahawa beliau sudah maklum tentang langkah tersebut yang mana telah membawa kepada pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Maka, apa guna beliau meletak jawatan dan marah-marah pada presiden Bersatu itu? Sememangnya rakyat Malaysia telah selama ini diperdaya dan diperbodoh-bodohkan oleh insan-insan ini yang sebenarnya tidak pedulikan keluhan mereka. Sejauh manakah hal ini boleh dibiarkan?

No comments:
Post a Comment