Monday, June 8, 2020

Sedang krisis politik negara memuncak, Anwar Ibrahim muncul menyelamatkan keadaan dengan gabungan baharu “Pakatan Harapan ++” demi memelihara agenda Melayu tanpa mengenepikan Bukan Melayu

  Malaysian Mirror       Monday, June 8, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Rakyat Malaysia pastinya tidak mahu terus lemas dalam pertelingkahan politik di antara Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir, dan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka berdua telah mengkhianati UMNO dan menubuhkan Bersatu, dan kini berebut hak parti tersebut dengan satu pihak memihak kepada UMNO manakala satu lagi kepada Pakatan Harapan (PH). Akhirnya nanti, mereka berdua hanya akan memecah-belahkan kominiti Melayu apabila pemimpin UMNO, MCA dan MIC mula merompak negara melalui pemberian kontrak dan lesen. Kemelut Bersatu yang dicampuri oleh UMNO ini akan memusnahkan negara dan bakal memufliskan negara dengan terlantiknya seorang Menteri Kewangan yang tiada pengalaman dan hanya menjadi boneka kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menguruskan perihal kewangan negara.

Kemelut dalam parti ini sudah tidak terkawal lagi apabila pemimpin-pemimpinnya saling membenci, cuba menjatuhkan sesama sendiri dan cuba menegakkan benang yang basah. Lebih buruk lagi, Tun Mahathir telah tampil mencabar bidangkuasa Muhyiddin Yassin untuk memecat beliau dan empat ahli lain di dalam sebuah kenyataan media pada 2 Jun. Bersama-sama Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dato’ Amiruddin Hamzah, dan Dr. Maszlee Malik, Tun Mahathir mendakwa mereka semua telah diperlakukan dengan tidak sewajarnya dan telah dipecat secara tidak adil oleh presiden parti itu dan enam ahli yang lain. Sementara itu, Muhyiddin Yassin yang dilihat tenang dan diam mungkin tidak terkesan dengan cabaran Tun Mahathir itu kerana beliau lebih bimbang tentang jumlah sokongan yang dimiliki PH ketika ini yang mana bakal mencabar kedudukan beliau sebagai perdana menteri dan kerajaan PN. Beliau sedar bahawa salakan Tun Mahathir itu tidak akan menyakiti beliau sepertimana kesakitan dan keaiban yang bakal beliau hadapi sekiranya beliau kehilangan jawatan utama tersebut yang baharu sahaja beliau sandang sejak lewat Februari lalu.

Adalah tidak memeranjatkan apabila media sudah mula mewarwarkan sokongan kepada presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri ke-9. Media mendakwa bahawa gabungan Pakatan Harapan ++ baharu beliau sudah dirangka untuk melindungi dan menjaga agenda Melayu dengan sokongan kuat daripada ahli-ahli Parlimen bukan dari PH dan sekutunya. Juga dinyatakan bahawa dengan pemilikan sokongan majoriti yang kuat dalam tangan, DYMM Agong sudahpun sedia maklum tentang gabungan baharu ini yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9. Gabungan baharu ini bakal membawa harapan baharu dan pemulihan semula kepada negara yang sudah dilanda krisis kesihatan, kewangan dan politik sejak Februari lalu disebabkan kedua-dua pemimpin Bersatu yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Anwar Ibrahim adalah menjadi calon yang paling sesuai kerana beliau telah melalui liku-liku hidup yang getir, dibuli dan disalah hukum kerana menentang ketidakadilan, janji-janji palsu, dan pengkhianatan demi membantu rakyat dan negara. Harapan baharu yang beliau bawa ini terus diperkukuhkan dengan semangat juang beliau untuk menjaga agenda Melayu tanpa mengenepikan kaum Bukan Melayu dan seterusnya menamatkan pemerintahan kerajaan-kerajaan Malaysia yang sebelum ini bersifat ekstrem. 

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Sedang krisis politik negara memuncak, Anwar Ibrahim muncul menyelamatkan keadaan dengan gabungan baharu “Pakatan Harapan ++” demi memelihara agenda Melayu tanpa mengenepikan Bukan Melayu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment