“Memeningkan”, itulah perkataan yang menggambarkan situasi parti Bersatu pada hari ini. Mula-mula, Tun Mahathir dan empat pengikut beliau telah dipecat oleh kem Tan Sri Muhyiddin Yassin sepertimana yang dicabar oleh mantan pengerusi parti itu dalam sebuah sidang akhbar di pejabat Bersatu. Dan pada masa yang sama semasa sidang akhbar tersebut, insan berumur 94 tahun ini menyatakan kepada media bahawa beliau akan membawa isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti ke mesyuarat Majlis Tertinggi parti tidak lama lagi. Akan tetapi, bolehkah seorang pengerusi yang telah dipecat mempengerusikan mesyuarat tersebut sedangkan beliau sudah tiada bidangkuasa? Dan ROS sudahpun mengesahkan peletakan jawatan beliau dan Klaus 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti itu telahpun membuktikan bahawa beliau tidak setia pada Bersatu kerana memihak kepada pembangkang. Bagaimana pula dengan tularnya rakaman-rakaman audio perbincangan dalam mesyuarat yang melibatkan beliau dan Muhyiddin Yassin? Kasihan ahli parti kerana terpaksa berbelahbagi antara dua pemimpin yang gila kuasa ini. Lebih padah lagi, kasihan rakyat negara ini kerana telah ditipu dan dipermainkan oleh mereka berdua!
Apa lagi? Kini rakyat Malaysia sudah semakin meluat dengan sandiwara politik antara dua pengasas parti Bersatu ini. Konflik ini nampaknya seakan tiada putus hentinya melainkan mereka berdua berdamai. Akan tetapi, mahukah mereka berbuat begitu? Mengapa tidak sahaja mereka permudahkan hidup rakyat yang kini masih tidak pasti akan nasib mereka apabila PKP berakhir? Mengapa tidak mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius dengan merangka “exit plan” bagi setiap sektor dalam negara dalam mengharungi wabak Covid-19 dan memulihkan semula kehidupan rakyat dalam norma baharu disebabkan virus tersebut? Beberapa sektor seperti pendidikan dan industri masih samar-samar tentang apa langkah terbaik yang patut dilaksanakan secepat mungkin, tetapi pemimpin-pemimpin ini terus bertelagah hanya kerana kuasa dan kepentingan peribadi. Ini mesti dihentikan. Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat memecat pemimpin-pemimpin ini pula.
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment