Saturday, June 6, 2020

Wahai rakyat Malaysia, sudah tiba masanya untuk siap sedia dan ambil tahu pasal ‘nombor’

  Malaysian Mirror       Saturday, June 6, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Apabila Tun Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Februari lalu dan seluruh negara diletakkan dalam keadaan huru-hara tanpa kepala pemimpin buat beberapa hari, beliau mendakwa bahawa beliau sudah memperoleh 112 sokongan ahli Parlimen untuk memerintah negara. Sehari sebelum itu, anak didik beliau iaitu Dato’ Seri Azmin Ali telah menjemput sekumpulan besar pemimpin-pemimpin politik dari Bersatu, UMNO MIC, MCA, PAS dan lain-lain ke Hotel Sheraton dalam usaha rampasan kuasa yang membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan dan pelantikan perdana menteri yang baharu. Rentetan kejadian ini turut melibatkan tipudaya yang membawa kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh DYMM Agong. Hakikatnya, ini bukan pasal Matematik. Ini adalah politik dan mulai dari saat ini, rakyat Malaysia harus ambil perhatian pada nombor-nombor yang pastinya bakal menentukan masa hadapan mereka.

Beberapa minggu selepas Muhyiddin Yassin memegang jawatan perdana Menteri, bilangan sokongan ahli Parlimen kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meningkat secara mendadak, manakala bilangan yang menyokong Pakatan Harapan (PH) pula merosot. Namun begitu, Tun Mahathir tetap terus mendakwa bahawa beliau punya bilangan beliau untuk menentang PN dan membuat usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin Yassin. Ramai yang perasan bahawa dakwaan-dakwaan berkenaan pemilikan bilangan sokongan ahli Parlimen yang cukup itu hanyalah khabar angin sahaja dan tidak disokong oleh bukti kukuh yang mengesahkannya.

Justeru, sejauh manakah rakyat boleh menaruh kepercayaan ke atas mereka dan apa yang mereka perjuangkan? Rakyat marhaen hanya perlukan bukti atas apa juga bentuk dakwaan dan janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin ini yang melibatkan masa hadapan mereka. Seorang pemimpin yang jujur, tidak mementingkan diri sendiri, tulen dan ambil berat tentang tentang mereka pastinya akan tunjuk bukti, manakala seorang pemimpin yang tamak dan penuh tipudaya akan tidak berani kemukakan bukti malah terus merangka dan menipu rakyat Malaysia yang juga pengundi yang tidak bersalah dengan dakwaan tidak berasas, khususnya tentang nombor tersebut.

Pastinya ada yang bakal menang besar tidak lama lagi sama ada nombor itu 113, 129… ataupun 128. Tentunya rakyat meletakkan harapan yang tinggi ke atas mereka yang mempunyai nombor yang paling besar untuk menyelamatkan mereka dari kesusahan dan membebaskan negara dari rasuah. Marilah kita sama-sama berdoa agar ia dimakbulkan seberapa segera. 

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Wahai rakyat Malaysia, sudah tiba masanya untuk siap sedia dan ambil tahu pasal ‘nombor’

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment